Monday, August 17, 2009

Orang Ulu Lancar Akademi Sape


Oleh RANIA PARAN
utusansarawak@utusan.com.my

MENTERI Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan memetik sape semasa pelancaran Akademi Sape yang pertama di Miri, baru-baru ini.

MIRI 17 Ogos - Kelunakan petikan muzik sape yang mendayu-dayu mampu menyentuh perasaan mereka yang mendengarnya. Alunan muziknya begitu mengasyikkan dan mempesonakan apatah lagi jika ia dimainkan ketika suasana malam yang hening.
Ini menyebabkan muzik tradisional sape kini semakin diminati oleh peminat muzik etnik dalam dan luar negara.
Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa muzik yang diperkenalkan oleh masyarakat Orang Ulu ini pernah berkumandang di luar negara seperti Perancis, Itali, Jerman, Jepun dan Hong Kong.

Malah pemain muzik sape yang pernah membuat persembahan memberitahu, ramai daripada peminat menitiskan air mata apabila mendengar petikan sape.
Antara pemain sape yang terkenal dari Hulu Baram ialah Mathew Ngau Jau dari Long Semiyang, Albert Ding Emang dari Long Bemang dan Ngau Emang dari Long Bedian.

Alat muzik tradisional sape merupakan sejenis alat muzik bertali yang menyerupai gitar. Ia dihasilkan daripada kayu jelutong dan keruing kerana ketahanan dan bunyinya yang nyaring.
Bagi menambah lagi keunikan dan seni persembahan alat muzik sape, bahagian kepalanya akan dihiasi dengan ukiran tradisional Orang Ulu seperti kepala burung kenyalang.

Alat muzik sape boleh dimainkan secara solo atau berduet untuk menghasilkan kombinasi irama muzik yang lebih indah dan harmoni.
Pernahkan anda mengetahui mengenai kisah kewujudan muzik sape? Muzik ini dikatakan dipelajari oleh seorang lelaki kaum Kenyah, Anyie Selong yang mendiami Apo Kayan, Hulu Baram ratusan tahun lampau.
Pada suatu hari dia bermimpi melihat seseorang sedang bermain muzik sape yang kedengaran begitu merdu dan indah.

Dalam mimpinya, orang itu menasihatkan Anyie supaya membuat dan bermain muzik sape dengan menambah bunyi dan kemerduan muziknya.
Setelah sedar dari tidur, Anyie melakukan apa yang telah dipesan, maka bermulalah seni persembahan dan penggunaan muzik sape dalam kehidupan Orang Ulu sejak itu.

Kini muzik sape memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai alat untuk menghibur dan mengiringi tarian, malah menjadi wadah penyatu masyarakat berbilang kaum di negeri ini.Ia menjadi tanda kejayaan masyarakat Orang Ulu dalam mengetengahkan budaya dan muzik tradisional mereka ke persada dunia.Namun, keindahan dan keunikan muzik sape pasti akan lesap ditelan zaman jika usaha untuk melindunginya tidak dimulakan dari sekarang. Pelancaran Akademi Sape Sarawak yang pertama dan satu-satunya di negara ini baru-baru ini merupakan usaha Persekutuan Persatuan-Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (Forum) dalam memartabatkan muzik warisan itu.
Presidennya, Lihan Jok berkata, idea penubuhan akademi itu telah diimpi-impikan oleh seluruh masyarakat Orang Ulu sejak sekian lama.

''Kejayaan penubuhan akademi ini adalah hasil kerjasama dan komitmen Forum yang terdiri daripada barisan pemimpin masyarakat, ketua masyarakat dan ketua kaum.''Mereka telah bekerjasama, bersepakat dan bekerja penuh komitmen untuk memastikan Akademi Sape Sarawak menjadi kenyataan," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Katanya, masyarakat Orang Ulu sudah lama memikirkan cara terbaik untuk mempromosi, membangun dan memelihara warisan seni muzik tradisional sape yang cukup terbilang.''Cabaran untuk menubuhkan akademi ini dikemukakan oleh kerajaan negeri semasa penganjuran Pesta Sape Borneo sempena Regata Baram Antarabangsa di Marudi tahun lepas.''Seperti pucuk dicita ulam mendatang, berita ini disambut dengan penuh gembira oleh seluruh masyarakat Orang Ulu.''Melalui Forum, satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk merealisasikan cabaran dan impian murni ini, maka lahirlah akademi ini," katanya.

Bagi pemain sape generasi muda, Alina Lipang Ose, 20, bermain sape mempunyai kepuasan tersendiri yang sukar digambarkan dengan perkataan.
''Pada mulanya agak sukar mengendalikan alat muzik ini, tambahan saya sudah biasa bermain gitar. Namun, lama kelamaan saya jatuh cinta dengan muzik sape yang begitu menyenangkan," katanya yang mempelajari sape sejak lima tahun lalu di bawah bimbingan Mathew.

Gadis keturunan Kelabit dan Inggeris itu mempunyai kumpulan sendiri iaitu Kan' id dan pernah mengadakan persembahan di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia di Kampung Budaya Kuching tahun lepas. Ngau Jau berkata, pengalaman mengadakan persembahan di seluruh dunia membuktikan muzik sape diterima dengan baik tanpa mengira sempadan negara.''Ramai penonton begitu teruja bahkan ada yang menangis mendengar petikan sape yang begitu menyentuh perasaan," katanya.Selain memenuhi undangan, Mathew kini giat melatih generasi baru bagi memastikan muzik tradisional itu terus berkembang dan mekar di kalangan anak-anak muda.

Dengan penubuhan akademi ini yang matlamatnya melahirkan pemain muzik tradisional yang berkebolehan di samping melatih bakat-bakat baru dalam seni persembahan muzik tradisional sape, seni itu diharap terus berkembang.
Buat permulaan, 15 hingga 30 pemuzik akan dilatih oleh seorang jurulatih sape yang dilantik oleh kerajaan melalui Bahagian Kebudayaan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU).

Borang kemasukan ke akademi yang kini beroperasi di sini boleh didapati di Pejabat KPSU, ibu pejabat Forum dan beberapa lokasi yang akan ditentukan kelak oleh Jawatankuasa Kerja Akademi Sape Sarawak.

Thursday, July 23, 2009

Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak


Perlunya Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak
MIRI: Segolongan professional dan ahli perniagaan Orang Ulu dari Belaga telah mengadakan satu sesi Dialog Pemikiran Strategik untuk julung kalinya kelmarin.Ia diadakan di Pusat Belia Miri dan dipengerusikan oleh Alex Liau iaitu Presiden Persatuan Kenyah Asap. Turut hadir ialah dua orang pastor dari Belaga iaitu Jarai Salo dan Robin Ato.Dialog berkenaan ialah hasil susulan daripada dialog bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu baru-baru ini.“Saya berasa gembira melihat respon yang baik terhadap dialog ini” kata Alex.“Kita berharap akan dapat menjalinkan kerjasama yang strategik dengan pihak sektor swasta dan kerajaan dalam pelbagai peluang terutama di daerah kita untuk manfaat masyarakat kita.”Dalam dialog itu, satu Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan ditubuhkan untuk menjaga kepentingan masyarakat Orang Ulu di Belaga.Alex turut menyeru golongan professional dan ahli perniagaan Orang Ulu dari Belaga untuk bersama-sama menyertai dialog yang akan datang agar mereka dapat menyumbang sesuatu yang positif kepada masyarakat mereka.Rata-rata mereka yang telah menyertai sesi dialog tersebut menyifatkannya sebagai satu langkah baik yang memerlukan sokongan daripada masyarakat Orang Ulu di Belaga.

Tuesday, July 21, 2009

Saung Erat(Umbrella)

Ji jane kise' layan Saung Erat de nta lepa ngan beng tolang e tua' lepe ja ilu sukat taan ki. Ji jane oban pengencam lepo' du. Kumin iyu de ilu oyan? Saung aban, ongem, tapung ucuk, ngan kado' pe de ilu oyan. Kado' naan gelam ulu de lepo' ilu oyan senaa' de.

Wednesday, July 15, 2009


1- Diskaun tol Pengguna Smart Tag dan Touch n' Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, dapat diskaun 20 peratus.
2- Rumah rakyat 44,000 rumah rakyat untuk dijual kepada penyewa di Wilayah Persekutuan.
3- Lesen penjaja Peniaga kecil di Wilayah Persekutuan diberi potongan 50 peratus untuk perbaharui lesen.
4- Permit teksi 3,000 lagi permit teksi untuk individu ditambah dalam masa tiga bulan akan datang.
5- Cegah jenayah Langkah drastik bagi kurangkan jenayah dan rasuah diumumkan penghujung bulan ini.
6- Daftar kelahiran Permohonan di Sabah dan Sarawak dipermudahkan. Baki permohonan akan diselesaikan sedikit masa lagi.
7- Jalan luar bandar Pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak ditambah dalam tempoh RMK-10.
8- Bekalan air dan elektrik Bekalan air dan elektrik ditingkatkan di Sabah Dan Sarawak. Perincian diumumkan akhir bulan ini.
9- Latihan motosikal Kadar bayaran latihan tunggang motosikal 250cc ke bawah dikurangkan kepada RM211 mulai 1 September.
10- Tambah peruntukan Peruntukan Tekun Nasional ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda India.
11- Unit amanah Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz 10 bilion unit akan diperkenalkan.

Tuesday, July 14, 2009

State recognises ‘Orang Ulu’
By Puvaneswary Devindran

Taib’s stand is only the community can change that, not him or any outsider
KUCHING: The state has not changed the term ‘Orang Ulu’ to ‘Lun Daya’.
Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud feels that the decision to be called Orang Ulu or Lun Daya should be made by the people of that race itself.
He said it was not for him or any other outsider to decide how the Orang Ulu should be called.
“No, I’m not making up my mind (on this). It is to me whatever people agree and accept. If it is a controversy, you cannot make it permanent,” Taib said, referring to an apparent controversy on the use of the word ‘Lun Daya’ by some section of the Orang Ulu community in place of the officially established and commonly used term ‘Orang Ulu’.
“So let things settle down and let it be decided by the people concerned,” he told reporters after opening the Fifth Sarawak Cultural Symposium at Dewan Undangan Negeri Complex here yesterday.
He made it clear yesterday that he would not “propose to understand why it should be this and not that” (Orang Ulu or Lun Daya), saying it was not for him to decide.
The State Orang Ulu National Association Kuching Branch treasurer Laing Budah was one of those who had voiced strong support for the continued use of ‘Orang Ulu’.
He said in a press statement on Monday that the proposal had not got the agreement of all the ethnic groups within the Orang Ulu community and expressed shock when a TV1 presenter at the Gawai Dayak Malaysia Open House 2009 last Saturday introduced the ethnic group as ‘Lun Daya’ on air.
He said just because some people requested for a name change, using an unofficial term in place of one that was legal and proper was not only wrong but misleading too.
He said the use of the word ‘Lun Daya’ must stop because it would confuse not only Malaysians but foreigners too.
The confusion was further worsened by an invitation to the current symposium from Angkatan Zaman Mansang (Azam) to all media organisations on Tuesday using the term ‘Lun Daya (Orang Ulu) community’.
But Azam senior officer when contacted about this on Tuesday said that the Federation of Orang Ulu Association Malaysia (Forum) secretary-general Datu Ose Murang said the term ‘Lun Daya’ could be used, but with ‘(Orang Ulu)’ behind it.
The change was first proposed by Telang Usan assemblyman Lihan Jok, who is also Forum president, several months ago.
That proposal drew flaks from several prominent members of the Orang Ulu community.

Piat, Petoya, Pegayeng Mita Udip

Ca Kata Du Mita Udip(Tuhan) Senaa' Awang Diman

Ca " Lepo' Puun " ke Kerajaan Thailand



Dalem Bilik Persidangan


Un Ma' (Rice) dalem buan ji senganak



Nisep telang "Nyo Paap" tiga ale ti ngan ji boka le moang.

Atek maut lane joma blog e' g. Majan lan nta nai petoya ka' joma blog g. Senganak amai, we', sadin, toyang kado' ale-ale' naan gayeng de mabat-mabat asat udip le. Arap ilu mung magat muat, mudip sengela singket osa yung inan le pesemaie' apan. Kumin senganak-senganak de un mudip teypo'(seluruh) Borneo ji, iyu denga em ke ji?

Ngiep ngan mesik mata, mejang taket singket masa oban lapa ne pe ca tebuku udip ji. Boka le nyepule' naat, kado' kata ketai le masat, piat, petoya, pegayeng ngan cu' ne oban asat le dalem oman 2009 ji. Dalem meka senganak, petobo ne osa ngan kimet le singket batang osa le. Ayen pe ilu tai leko teka ke pekimet ngan mita udip ja ke engkin peniga me ilu mung.


Tuesday, March 17, 2009

Kado' De Ilu Ngeno'

nekada' ujung kayu naat langit

Kerabang
Paro' Sungai

Boka le nompak ngimet udip ji atek kado' ale' de ilu ngeno' teka'. Awak-awak nepe dalau jida re dau le. Dalau le ca iut ngan dalau ja ilu mudip ke daya songai ngan cu' ke alu'(pasen) atek co' ale'-ale' ne ketai usun tana' ji paliu.

Senganak, dalau me' iut senaa' tading tai me' ke tisen nto' tengen ke tuun, tai kua' padan ngan toya ait ke sada bai songai, atek mening tiring kise' layan songai Baliu ngan meka pe songai-songai da ca dalau ja. Ilu taan le kise' asat atuk(aley @ iyu-iyu naan atuk). Poto ale' le nyalam kise' atuk de ilu taan boka le ngalut dalau ja re. Nto' mesik mata le dalem songai pe ilu nta pelem. Boka naki? Mesik mata dalem songai bahaya ja senganak sokat pelem ngan sala'-sala' borau mata le.

Dalau taga' bileng le kise' kelebawai dalem songai. Alo songai sangkit mening boka songai tepao' bio' lepa ojan kasa. Ngan nape taga' naki odai alo songai tetap litut uko' kita milo re. Paro' naa ngan ait puti' ngan bue' tiga ale' teka naat da dalau ja re.Bue' ngan nta le nyigut te ilu sokat ken ke batu laey pa nyalit likut. Nta uko' kise' naki ne odai penu' lotek ngan batu naa pe tai jameng ale' kise'.

Dalau ja re kado' kata le tai pesalau kimet ngan tawai le. De sanget mesi ngan tai mita atuk ida beng todo ke naa tua'. Ngan dalau ja re kado' ale' atuk ngan pekenaan le de mudip dalem songai.Kado' pe baya' tain? Oba' ale du tai nyenang ngan paap ke naa de tiga. Selawan ale' kise' udip dalau ja re.

Un tepoo uko' baan dau du re side' atek ketai udip ji paliu lote ji. Kado' ale' de ilu ngeno' dalem udip ji ja ilu nta sokat ketai taan laa. Awak-awak nepe dalau udip jida re dau kimet iut lote.