Thursday, July 23, 2009

Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak


Perlunya Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak
MIRI: Segolongan professional dan ahli perniagaan Orang Ulu dari Belaga telah mengadakan satu sesi Dialog Pemikiran Strategik untuk julung kalinya kelmarin.Ia diadakan di Pusat Belia Miri dan dipengerusikan oleh Alex Liau iaitu Presiden Persatuan Kenyah Asap. Turut hadir ialah dua orang pastor dari Belaga iaitu Jarai Salo dan Robin Ato.Dialog berkenaan ialah hasil susulan daripada dialog bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu baru-baru ini.“Saya berasa gembira melihat respon yang baik terhadap dialog ini” kata Alex.“Kita berharap akan dapat menjalinkan kerjasama yang strategik dengan pihak sektor swasta dan kerajaan dalam pelbagai peluang terutama di daerah kita untuk manfaat masyarakat kita.”Dalam dialog itu, satu Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan ditubuhkan untuk menjaga kepentingan masyarakat Orang Ulu di Belaga.Alex turut menyeru golongan professional dan ahli perniagaan Orang Ulu dari Belaga untuk bersama-sama menyertai dialog yang akan datang agar mereka dapat menyumbang sesuatu yang positif kepada masyarakat mereka.Rata-rata mereka yang telah menyertai sesi dialog tersebut menyifatkannya sebagai satu langkah baik yang memerlukan sokongan daripada masyarakat Orang Ulu di Belaga.

1 comment:

camdiniacovelli said...

Š”ryptocurrencies - The Complete Guide to Gold - TitaniumRod
to get nano titanium babyliss pro you the most out of titanium stronger than steel all titanium 3d printing gold trekz titanium pairing mining. titanium exhaust